Ahad, 30 Jun 2013

KENYATAAN AKHBAR: “KAKITANGAN AWAM NAIK GAJI 1 JULAI”

Merujuk kepada artikel Berita Harian bertarikh 20 Jun 2013 bertajuk “Kakitangan Awam Naik Gaji 1 Julai”, didapati bahawa terdapat beberapa kenyataan berkaitan Pekeliling Perkhidmatan Bil 5/2013 (PP 5/2013) – Pemberian Pemindahan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia adalah kurang tepat dan mengelirukan.
Penjelasan terhadap PP 5/2013 seharusnya menjelaskan bahawa eksesais ini adalah pemberian faedah pemindahan gaji dan bukannya eksesais kenaikan gaji. Amaun pemberian faedah pemindahan gaji ini adalah bersamaan dengan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan mengikut gred jawatan atau gred gaji masing-masing.
Selain itu, di perenggan akhir yang menyatakan “YAB PM dilaporkan berkata kenaikan satu tangga gaji itu akan dilaksanakan selepas mengambil kira kedudukan 182,434 penjawat awam yang berada di tangga gaji maksimum pada 2013 dan tidak menikmati kenaikan gaji tahunan” juga tidak menjelaskan maksud sebenar.
Sebenarnya, pemberian pemindahan gaji tersebut bersamaan dengan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan mengikut gred jawatan atau gred gaji masing-masing. Pelaksanaan ini adalah ekoran daripada keputusan kerajaan berkaitan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan awam, penambahbaikan landasan kerjaya dan pembetulan kepada masalah struktur gaji yang akan diselesaikan sebelum 31 Disember 2013 bukannya disebabkan kedudukan seramai 182,434 pegawai berada di gaji maksimum pada tahun 2012 (bukan 2013 seperti yang dinyatakan pada fakta nombor dalam artikel).


Pasukan Komunikasi 
Jabatan Perkhidamatan Awam Malaysia 21 JUN 2013


***diambil dari petikan JPA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan